NAMA GURU
|
RUHANI BINTI
ABD RAHMAN
ZAUYAH BINTI
OMAR
NURBAITI BINTI
BUKHARI
|
MATA PELAJARAN
|
DUNIA SAINS
DAN TEKNOLOGI
|
KELAS
|
2 BESTARI
|
TARIKH
|
17 OKTOBER
2013
|
MASA
|
9.45 PAGI
HINGGA 10.45 PAGI
|
BILANGAN MURID
|
32 ORANG
|
TAJUK
|
HAIWAN
|
HASIL
PEMBELAJARAN |
-Murid boleh:
1.
Menjelaskan cara haiwan bergerak seperti berjalan,
merangkak, terbang, berenang, menjalar, mengengsot, merayap, berlari dan melompat. 2. Menjalankan simulasi cara haiwan bergerak seperti ikan berenang, burung terbang,lembu berjalan,kura-kura merangkak, ular menjalar,siput babi mengengsot, semut merayap, kuda berlari dan katak melompat.
3. Menyatakan kepentingan pergerakan kepada haiwan.
4.
Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK,
penulisan atau lisan.
Pengetahuan asas: murid pernah melihat haiwan
sebelum ini dan mengetahui bahawa haiwan bergerak dengan pelbagai cara.
.
-
|
ANALISIS PELAJAR
|
CIRI UMUM PELAJAR
|
PENGETAHUAN SEDIA ADA
|
GAYA PEMBELAJARAN
|
|
I.
14 orang murid perempuan dan 18 orang
lelaki.
II. 26 orang murid terdiri daripada
keluarga berpendapatan sederhana yang bekerja di sektor swasta.
III. 6 orang murid pula ibu bapa bekerja dengan kerajaan.
IV.
Terdapat dua orang murid dilihat perlu
dibimbing secara intensif.
|
I.
Formal –.
Murid telah
didedahkan dengan tajuk haiwan matapelajaran Dunia Sains dan Teknologi Tahun
1
II. Informal – Murid telah biasa melihat haiwan di zoo dan
melalui televisyen serta mengetahui cara haiwan bergerak. Murid juga
mempunyai haiwan peliharaan di rumah.
|
KAEDAH PENYUSUN AWAL
|
||
MENYATAKAN OBJEKTIF
|
Murid dapat :
1. memahami cara haiwan bergerak.
2. menyenaraikan sekurang- kurangnya 5 cara haiwan bergerak.
3. membuat simulasi sekurang- kurangnya 5 cara haiwan bergerak.
4. memahami dan menyatakan kepentingan bergerak kepada haiwan
tersebut kepada ekosistem. |
|||
MEMILIH KAEDAH
|
I. KAEDAH
A SOAL JAWAB
B PERBINCANGAN
C.LAKONAN
|
II.
MEDIA
A. Lembaran
kerja
B. Kad
imbasan
C.
Komputer, dan projektor
D.
Gambar video
|
III.SUMBER
A. INTERNET – PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM
B. Buku
rujukan
|
|
MENGGUNAKAN MEDIA DAN BAHAN
|
SET
INDUKSI
i. Guru meminta seorang murid (murid A)
datang ke hadapan kelas.
ii. Murid tersebut diminta berdiri
menghadap rakan-rakan sekelasnya
sebelum diminta kembali ke tempatnya.
iii.Guru meminta murid-murid menyatakan
cara murid A bergerak ke
hadapan kelas. Kemudian, guru bertanya apakah contoh haiwan lain yang bergerak seperti murid A iaitu berjalan.
iv. Guru seterusnya menjelaskan bahawa
berjalan merupakan satu pergerakan haiwan. Guru bertanya kepada murid-murid
apakah contoh lain pergerakan haiwan selain berjalan.
LANGKAH
1
i.Guru menunjukkan paparan video
pelbagai haiwan yang bergerak dengan pelbagai cara dan meminta murid-murid
menyenaraikan nama haiwan dan cara haiwan bergerak.
Klik Video ini
ii.
Selepas itu,guru bertanya kepada
murid-murid contoh haiwan serta cara
pergerakannya secara berperingkat.
iii.
Murid dapat mengingat kembali tayangan
video dan mengelaskan
haiwan mengikut cara mereka bergerak.
iv.
Murid-murid menjawab Lembaran Kerja A.
LANGKAH
2
i.
Guru membimbing murid-murid untuk
bermain satu permainan iaitu“Meneka Haiwan”.
ii. Guru memanggil murid (murid B) untuk
melakonkan satu cara haiwan bergerak.
iii.
Murid yang melihat lakonan tersebut
diminta meneka haiwan yang bergerak dengan cara tersebut.
LANGKAH
3
i. Guru berbincang dengan murid tentang
kepentingan haiwan bergerak.
ii.
Guru meminta murid menyatakan apa yang
akan terjadi jika haiwan tidak boleh bergerak.
iii.
Guru membimbing murid dengan
bertanyakan soalan seperti: Bolehkah haiwan mendapatkan makanan jika tidak
bergerak?
iv.
Murid-murid menjawab Lembaran Kerja B.
|
|||
MELIBATKAN PELAJAR
|
RUMUSAN
DAN PENUTUP
i. Guru berbincang kembali dengan murid-murid dengan mengedarkan nota ringkasan topik kepada murid-murid.
ii.Murid-murid menjawab Lembaran Kerja C.
|
|||
PENILAIAN
|
GURU
Saya
rasa selesa dan berpuashati dengan pengajaran dan pembelajaran hari ini.
|
MURID
Semua
murid melibatkan diri secara aktif dan seronok membuat setiap aktiviti yang
telah dijalankan. Disiplin murid terkawal semasa menjalankan aktiviti.
|
||
No comments:
Post a Comment